THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 27 October 2011

Dia atau 'dia'?


"...maafkan segala kekhilafan diri yang tidak sempurna ini..."

"...kamu meroyan sebab rindu seseorang la tu..."

rindu?? ye...saya memang sedang rindu! Pada ibu ayah saya yang tersayang! Owh baru perasan, dah hampir 3 minggu tak balik!

"...ala, baru 3 minggu bukan 3 bulan!"

Siapa tahu perasaan aku? hanya Allah maha mengetahui! dan kini pasti, aku akan balik ketemu keluarga ku tersayang... Namun, bukan itu yang menjadi tanda tanya... tapi sebaliknya berlaku...

tatkala malam tadi aku tidur dengan keadaan tidak tenteram. Rindu ? ya...aku rindu keluarga aku. Tapi apa yang muncul... dan kini aku memang diluar jangkaan ku! Aku mimpikan AN!

Siapa kata beliau akan ku lupakan... setahun, dan setahun la orang kata kita akan boleh biasakan. An tak salah, tapi aku yang salah. An cuma menjadi mangsa keadaan aku yang entah kenapa. An muncul dalam keadaan sempurna. Bersih, smart seperti selalu. Namun aku kempunan...an hanya pandang aku dari jauh.. tak akan bertegur dengan aku. Aku keliru dan semakin keliru! An seolah-olah tidak mahu bertegur sapa dengan aku lagi! Ya Allah...berdosakah aku kepadanya sebelum ini...?

Aku rindu akan dia...tidak dapat aku nafikan...tapi...kehadiran Dia?...

"...DIMANAKAH LETAKNYA CINTA KAMU KEPADA ALLAH?..."

istigfar menjadi penguat aku...aku yakin dan pasti...

"...An, An tak salah...An lebih berhak mendapat lebih baik dari ira yang sangat banyak kekurangan. Ira mampu berdoa moga An akan bertemu dengan lebih baik..."

"...untuk Dia, ira tak pasti apa yang ira rasa. Dan apakah Dia juga turut rasa?..."

"...semoga Allah lindungi aku dari segala yang tidak patut aku lalui...dan jadikan aku wanita solehah dan isteri yang patuh dan taat serta menjadi isteri terbaik pada suamiku kelak...amin..."

Sunday 23 October 2011

#Ana KEliRU#



Ana suka melihat dia senyum. Ana suka melihat wajahnya yang tenang. Ana suka cara dia berfikir. Dia mempunyai suatu aura yang hebat yang bisa mencairkan semua perempuan. Bukan kerana rupa, tapi kerana budi pekerti, jiwanya, sifat menghormatinya pada seorang perempuan.

".. Tuhan tolong aku, tolong jaga dia.."
''..aku takkan berhenti menemani dan menyayangimu.."

Ana tak sanggup kehilangan dia. Ana akan buat apa sahaja asal kan dia suka. Ana akan mati jika dia bukan dengan Ana! Percayalah...ini suatu kenyataan!


"... Mimi rasa Mimi dah jatuh cinta pada dia..."

"...tengok Nana ni macam suka dia je..."

"...Nur nak kol dia..."

"...Shima kan suka dia..."

"...Shika sedih tengok dia rapat dengan Lisa.Shika rasa kehilangan dia..."

apa yang Ana mampu katakan? Ana tak mungkin dan tak akan layak untuk dia. Dia terlalu istimewa. Ana mampu tersenyum.

"...kadang-kala berahsia itu lebih bermakna dan lebih manis..."

"...ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu mengakui sendiri di dalam hati bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, dimana kamu ingin meletakkan cinta ALLAH yang jauh lebih hebat dari dia?.."

Ana semakin keliru! Ya Allah, kenapa Ana masih terus leka? Sedangkan Kau jauh lebih hebat dari dia. Cinta pada dia belum tentu pasti, tapi yang nyata cinta padaMu adalah satu kenyataan!

Ana dah semakin sesat dan hayut dalam dunia cinta yang belum Ana pasti! 

Buat si dia, Ana terpaksa memilih cinta Allah. Cinta Allah adalah cinta hakiki. Ana sentiasa doakan si dia akan bertemu dengan pasangan yang hebat. Ana tetap tersenyum!


"...insyaAllah, jika ada cinta Ana untuk dia, Allah pasti kabulkan..."


~namun Ana tetap tersenyum.. tersenyum bila melihat dia~

Thursday 13 October 2011

~Damai Hati~

  "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana aku masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah juga ku panjatkan kerana aku tetap mendapat rasa kasih sayang Allah pada aku yang sangat lemah ini. Entah kenapa, beberapa hari lalu, aku dapat merasakan sesuatu yang sangat tidak mententeramkan jiwa dan raga. Adakah gara-gara mimpi itu? 


"...sekarang kita sudah berada di akhir zaman. Macam si A, dia dah pakai tudung, dah berubah perilakunya gara-gara dia pernah mimpi berada di akhir zaman..."

"...alangkah bagusnya dia kan? kalaulah kita semua mendapat mimpi itu..."

Namun, dua hari lepas... aku berada di zaman tersebut! MasyaAllah~ hanya Allah sahaja tahu betapa teruknya bumi ketika itu...
 

ku terjaga dari tidur...
lantas fikiran melayang mengingati saat itu...
apakah aku sudah cukup bekalan untuk aku menempuh saat itu?

Ya Allah...lindungilah hambamu yang lemah ini...
lindungilah saudara-saudara seislamku di seluruh dunia ini
jauhkanlah dari bisikan syaitan dan fitnah Dajjal
yang bisa menyesatkan kami...

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Alhamdulillah...aku temui ketenangan semula...terima kasih teman-teman ku.. yang sentiasa tidak penat menyokong dan memberi motivasi padaku. Alhamdulillah, aku punya teman yang begitu. Moga kalian juga temui ketenangan seperti ku dan semoga hidup kalian dibawah rahmat Allah sentiasa (^_^)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding."
Riwayat at-Tarmizi

 http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/3794-design-bila-anda-pernah-keseorangan.html


 

Friday 7 October 2011

mY neW STUFF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pergh! kerana buzy memanjang dengan asignment yang dah boleh jadi setinggi menara KLCC dengan ditambah dengan baca jurnal! Patot kene baca jurnal sekurang-kurang 30 jurnal,tapi aku ni, 1 pon tak habis-habis aku baca =_=". Itulah lumrah seorang pelajar. InsyaAllah...dengan bersusah-susah dahulu, bersenang-senanglah kemudian!

Owh, gembira juga aku tatkala ketika ini aku update blog guna lappy baru! namanya SUCHAN! ok x?


MODEL : ASUS ( intel core i5)
COLOUR : BLACK
HARGA : RM++++ 

harga tekalah..! hahahah...tp syukur, dapat laksanakan kerja dengan lebih efisyen. Kasihan Della...dia dah merajuk kot. Aku try on, langsung tak boleh. =_='. Walau apapun...welcome SUCHAN! DELLA...jangan risau, akan dihantar servis dan kamu tetap terbaik! jangan gaduh-gaduh ek!

 ~SUCHAN dan DELLA~

** tak sabar rasanya nak tunggu lesen P aku keluar!