THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 19 September 2013

REFRESHING our MINDS!

Bismillah. Assalamualaikum 

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih lagi diberi peluang hidup dan dapat mohon taubat kerana tiada siapa dapat jamin kita tak lakukan dosa pada hari ini

" kamu (umat Islam) adalah UMAT TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah... "
(surah Al-Imran, 3:110)



menurut ayat Allah di atas ini menyatakan bahawa kamu yang orang Islam adalah UMAT TERBAIK dalam kalangan umat manusia yang ada di muka bumi ini.

Kenapa Allah bagi kita pangkat UMAT TERBAIK? mesti ada TUJUAN atau kerja yang perlu kita lakukan, betul tak? ibarat kita diberi pangkat perdana menteri, mesti kite kene lakukan kerja kan?


ingatla kembali, apakah tujuan hidup kita di muka bumi ini???

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "AKU HENDAK MENJADIKAN KHALIFAH DI BUMI..."
(surah Al-Baqarah, 2:30)

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADA-KU"
 (surah Az-Zariyat, 51:56)
 
Allah sudah terangkan tujuan hidup kita di dunia ini sejak azali lagi, namun apa yang kita lakukan? sedarkah kita sebenarnya???

" ...SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH KEADAAN SUATU KAUM SEBELUM MEREKA MENGUBAH KEADAAN DIRI MEREKA SENDIRI. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, mereka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia"
(Surah Ar-Ra'd, 13:11)

"...ala...aku bukan alim pun, aku banyak tak tahu pape, nak berdakwah mcm susah je..."

"...ustaz ustazah kan ada..."

"...susahla, tak reti nak berdakwah..."




"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA TELAH MEMILIH KAMU dan DIA TIDAK MENJADIKAN KESUKARAN UNTUKMU DALAM AGAMA..."
(surah Al-Hajj, 22:78)

Ramai beranggapan dakwah itu susah, kene bertudung labuh pakai songkok?? mengajak ke arah kebaikan itu la dakwah sebenarnya ^_^

"Wahai orang-orang yang beriman! MASUKLAH KE DALAM ISLAM SECARA KESELURUHAN, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu"
(surah Al-Baqarah, 2:208)


kita semua mengimpikan, mendambakan untuk ke syurga Allah yang hakiki...iaitu tempat kite semua sebelum Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi....
namun aku tetibe terpana dengan ayat Allah...

"APAKAH KAMU MENGIRA BAHWA KAMU AKAN MASUK SYURGA, PADAHAL BELUM NYATA BAGI ALLAH ORANG-ORANG YANG BERJIHAD DI ANTARA KAMU, DAN BELUM NYATA ORANG-ORANG YANG SABAR"
(surah Al-Imran, 3:142)

"Ataukah KAMU MENGIRA BAHWA KAMU AKAN MASUK SYURGA, PADAHAL BELUM DATANG KEPADAMU (COBAAN) SEPERTI  (YANG DIALAMI) ORANG-ORANG TERDAHULU SEBELUM KAMU..."
(surah Al-Baqarah, 2:214)

kita imbas bagaimana para sahabat, iaitu Bilal yang sanggup diseksa kerana sepotong ayat 
ALLAHU AHAD!!!

subhanAllah!!! betapa kuatnya aqidah yang disemai oleh Rasulullah (S.A.W) yang kita cintai...

"Orang-orang yang KAFIR digiring ke neraka Jahanam secara berombongan. Sehingga APABILA MEREKA SAMPAI KEPADANYA (neraka) PINTU-PINTUNYA DIBUKAKAN..."
(surah Az-Zumar, 39:71)

"Dan orang-orang yang BERTAKWA kepada Tuhannya diantar ke dalam syurga secara berombongan. Sehingga APABILA MEREKA SAMPAI KEPADANYA (syurga) dan PINTU-PINTUNYA TELAH DIBUKAKAN..."
(surah Az-Zumar, 39:73)

percayalah janji Allah...jika kita ikut suruhan Allah, syurga adalah hadiah untuk kita di akhirat yang kekal abadi...
 
"...dan sungguh , bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik. (yaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."
(surah Sad, 38:49-50)



Tuesday 17 September 2013

Mustafa Kamal Ataturk Penegak Agenda Yahudi!!!!

Bismillah
Assalamualaikum ^_^
alhamdulillah syukur kita masih diberi peluang hidup 

Ahad lepas ira pergi pasar kat stadium shah alam...niat nak beli refill pati minyak kereta ira...heheh die ada nama tau! Khalid Saifullah (pedang Allah) ^_^

jalan-jalan terjumpa satu booth jual buku2...so aku terjumpa buku ni!!

kalau nak tahu Mustafa Kamal Ataturk ni adalah seorang yang menjatuhkan sistem khalifah di bumi!!
memandangkan ira belum habis baca sepenuhnya, ira kongsikan sedikit sebab sangat teruja nak sambung baca >_<

salah satu kerosakan aqidah yang die telah lakukan adalah membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt, beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”,
menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin dan sebagainya!!!! 
(http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang-menyeksakan/)

Paling ira terharu adalah disaat penggulingan Sultan Abdul Hamid II (pemerintahan Khalifah Uthmaniah) Sultan Abdul Hamid II dibawa keluar dan dikurung di Istana yang sudah ditukar menjadi penjara!!! beliau sekeluarga dilayan seperti hamba yang sangat teruk! >_< 

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Allah Maha Adil Maha Saksama...Mustafa Kamal mengalami azab sakaratul maut yang sangat memeritkan!!! hinggakan mustafa kamal menyuruh bomba menyiram air dan meletakkan ais di tubuhnya kerana mengalami panas yang teramat sangat!! 

Mustafa Kamal menghembuskan nafas yang terakhir pada November 1938 dan jasadnya hingga kini tidak diterima bumi. 

Jasadnya diawetkan dan
dibawa ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya. 
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar..

 (http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang-menyeksakan/)

moga kisah ini membangkitkan rasa cinta pada agama dan pentingnya kita kene ambil tahu isu saudara ISLAM kita...

 

Thursday 12 September 2013

GANJARAN HEBAT!!!!


Bismillah. Assalamualaikum 

alhamdulillah masih diberi ruang untuk kita sama2 bernafas di muka bumi ini ... alhamdulillah ^_^

hari ini ira agak tertarik nak tulis something... emmm ape die ek? hehehe
agak-agak kalo ira bagitau yang ira nak bagi duit RM1 000 kat orang, agak2 ramai tak yang 
berebut nak? 


heheheh mestilah nak kan?? 

"...duit kot!  sape tak nak?..."
"...hadiah besar tu!..."

memang dah fitrah kita kalau ada ganjaran mesti kite nak sangat2 kan? heheheh 
tapi apa yang ira nak share ni adalah berkaitan GANJARAN SOLAT BERJEMAAH


"...alah yang itu aku pon tau..."

cop! tahu tak berapa ganjaran solat berjemaah dengan solat sendiri? 

27 nisbah 1 (27 : 1)

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
 (http://ubs-pmram.blogspot.com/2009/11/kelebihan-solat-jamaah.html)
   
Rasulullah S.A.W juga tegas mengenai solat berjemaah. 

Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda (maksudnya):
Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan  menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”.
 (lebih byk hadis mengenai solat berjemaah di http://alistiqamahsgmerab.blogspot.com/p/ustaz-dr.html)

betapa banyaknya ganjaran yang Allah berikan kepada kita!!! Allah tak minta balasan pon, malah Allah berikan ganjaran kalau kita buat apa yang Allah suka walau sebesar zarah!!
 
sharing ini bukanlah tuju kepada orang tertentu, malah pada semua dan juga untuk diri sendiri agar kita ambil manfaat bersama ^_^

 so lepas ni nampak orang solat berjemaah, jom kite same2 cepat2 rebut ganjaran Allah ok ^_^

Tuesday 10 September 2013

SEM 2 a.k.a final sem!!!


Bismillah. Assalamualaikum. alhamdulillah aku masih dapat bernafas dan masih dapat meneruskan kehidupanku. Alhamdulillah ^_^ semalam bermulanya semester 2 a.k.a semester akhir aku!!! OMG cepat nye masa berlalu~~ 



Sem akhir ni, aku kene pulun lagi untuk skor tesis aku disamping exam2 yang berkaitan, in syaa Allah kalau tiada aral melintang aku dapat menamatkan pengajian masterku pada bulan 2 tahun hadapan **aminnnnn :doa

aku bersyukur sangat, dalam tempoh pengajian master aku ni, walaupun aku taklaberapa nak rancang sambung dulu, rupenye2 ada sesuatu yang sangat manis aku terima ^_^ terima kasih Allah kerana membuka mataku matlamat dan tujuan hidup ini yang sebenar....


chaiyok untuk sem baru ni !!! 
p/s : orang itu pon! :wink