THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 27 September 2011

Perginya Seorang Tokoh yang Hebat!



Alangkah terkejut dan terkedunya aku apabila rakan baikku menyampaikan satu berita yang sangat memilukan hati.  Kembalinya Profesor Dr. Khalijah Salleh ke rahmatullah pada tanggal 17 September 2011. Sebelum ini aku hanya menerima khabar bahawa beliau sedang dirawat di HUKM, namun Allah lebih menyayanginya...

"...macam mana nak buat satu rotation yang selari?"

kami beramai-ramai di hadapan bingung memikirkan bagaimana nak buat satu rotation yang selari diantara satu sama lain...agak lama kami berfikir, kemudian Prof memberikan jawapan...

**anggap A, B dan C merupakan orang, radius itu merupakan tangan yang didepakan. jadi apabila A bergerak, tangan yang didepakan akan menolak B untuk bergerak dan begitulah selanjutnya pada C**

"...depakan tangan, apabila kamu bergerak, kamu akan menolak rakan kamu disebelah...jadi dapatlah buat satu rotation yang selari diantara satu sama lain..."

Salah satu kegemaran beliau, beliau suka membawa barang untuk dijadikan sebagai sampel untuk dijadikan demo setiap apa yang diajarinya. Disamping teori, kami dapat melihat ke dalam realiti hidup.

"...agak-agaknya kalau Prof tengok kita study subjek ni, mesti dia...."

Kami merindui dan akan kenang segala jasa dan pengorbanan Prof pada kami. Terima kasih atas segala ilmu yang Prof ajar pada kami. 


~al-fatihah~

3.41am
28 september 2011

Tuesday 13 September 2011

##eGokAH anA??##


"Mungkin itu yang terbaik buatnya"
"Kenapa?"
"Ana tak mahu sesiapa kecewa"
"Habis tu?"
"Biarkan saja...tak salah rasanya pendam rasa itu untuk kebahagiannya"
"Ana pasti?"
"Ana pasti...Ana percaya dan yakin dengan takdir Allah pada Ana"

Tak salah rasanya untuk menyimpan, mungkin itu yang terbaik untuk Ana. Ana tak mampu...hanya mampu menaruh dan berharap, tapi apakan daya Ana? Ana bukanlah seperti yang lain, hanya mampu berharap dari jauh.

"Ana minta maaf...kalau Ana banyak berubah. Ana terpaksa berubah begini. Ana tak mampu nak hadapi hidup Ana yang lama. Ana mahu jadi yang lain. Biarlah Ana digelar apapun. Ana tahu apa yang Ana hadapi, Ana tak mahu ianya berulang. Maafkan Ana..."