THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 29 March 2013

Kenali tokoh Islam, Umar Abd Aziz


Salam kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah segala puji atas junjungan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Hari ini saya ingin berkingsi mengenai salah satu tokoh yang boleh kita jadikan tauladan dalam kehidupan kita ^_^ in syaa Allah ^_^

"...hari ini tazkirah kita tentang kisah Umar bin Abd Aziz..."

"..???? erk...tak pernah dengar pun..." jawabku jujur!



In syaa Allah pasti semua pernah dengar, betapa malunya aku =_=' tak pernah dengar pulak... SubhanAllah...! hebat sungguh beliau!!!

Kita cube flash back asal usul Umar bin Abd Aziz. Sememangnya kita telah sedia maklum bahawa Saidina Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya,beliau suka meronda-ronda untuk menjaga penduduknya pada sebelah malam. Pada suatu malam, sedang Saidina Umar bersama-sama pembantunya meronda, beliau terdengar suatu perbulan diantara anak perempuan dengan seorang ibu.

"...janganlah ibu..."
"...ala, Umar tak akan tahu..."
"...walaupun Umar tak nampak, tapi Tuhan Umar nampak..."
"...yelah!' dengan nada marah tidak puas hati!

Rupenyer, pertelingkahan di antara anak perempuan dengan seorang ibu tersebut adalah kerana ibunya hendak mencampurkan air ke dalam susu untuk dijual pada oranng! (kira macam nak menipulah!)
Keesokan harinya, Saidina Umar berjumpa dengan ibu dan anak perempuannya dan bertanya apa yang kamu buat malam tadi. Ibu tersebut begitu cemas dan takut seraya berkata

"...TAUBAT!!!"

Kemudian, Saidina Umar berkata tidak mengapa, dan bertanya kepada anak perempuan tersebut.
"...kamu seorang anak yang solehah dan baik. Sudikah kamu berkahwin dengan anakku, Asim?''

**so sweet!**



Saidina Umar mengahwinkan anaknya Asim dengan anak perempuan tersebut kerana beliau ingin menjaga keturunannya. Asim dan anak perempuan tersebut pun berkahwin dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laila. Apabila Laila meningkat dewasa, Laila telah ditemukan jodoh dengan seorang ahli bangsawan yang kaya iaitu Abd Aziz dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu UMAR ABD AZIZ ^_^
Umar Abd Aziz merupakan seorang yang kaya. Apabila beliau berjalan untuk membeli baju yang berharga 4 ribu dinnar, beliau berkata,

"...cantik, tapi murah!"

Umar Abd Aziz berjumpa dengan seorang khalifah A (**tak pasti nama pulak) dan berkata untuk mencari pengganti, adalah orang yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin orang Islam. Lalu A menjawab,  (**konten sahaja) siapa?


Pada hari pemilihan jawatan Khalifah, semua rakyat berkumpul untuk mengetahui siapa pemimpin yang baru. Ternyata diumumkan bahawa Umar Abd Aziz telah dipilih tanpa berbincang dengan beliau! Semua rakyat diarahkan untuk berbai'ah ( berjanji akan menurut perintah) pada Umar Abd Aziz. Umar Abd Aziz berkata, cabutkanlah bai'ah di tengkukmu dan carilah pengganti lain! Hal ini kerana Umar Abd Aziz dapat merasakan tanggungjawab yang besar yang dipikul oleh seorang pemimpin! Akhirnya Umar Abd Aziz menerima jawatan tersebut.

Ketika pulang, Umar Abd Aziz merasa sangat letih yang teramat sangat! Dia berkata kepada anaknya yang berumur 15 tahun (**ada rujukan lain mengatakan umur anaknya 17 tahun) 

"...sebentar lagi akan masuk waktu Zuhur, bolehkah kamu mengejutkan aku? Aku ingin tidur sebentar kerana keletihan yang teramat sangat..."

"...wahai Amirul Mukminin, apakah Allah menjanjikan kamu akan hidup sehingga waktu Zuhur?..."

maksudnya : sedangkan ada rakyat yang kesusahan, tetapi kamu sedang tidur?

Umar Abd Aziz pun mengucup anaknya seraya berkata 

 " Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agamaku."

^_^ lihatlah betapa jika kita menjaga keturunan kita, in syaa Allah semua akan terjaga ^_^ 
p/s : pelihara keturunan ye! ^_^ jika kita tak mampu, kita cube berubah, in syaa Allah keturunan kita nanti akan baik ^_^

Tuesday 26 March 2013

Matlamat HIDUP yang sebenarnya!!!


Salam kepada semua. Pejam celik je dah minggu keenam aku menjadi seorang pelajar! @_@ cepat sungguh masa berlalu! Namun yang pasti masa akan tetap berlalu tanpa menunggu sesiapa!

"...Demi masa
Sungguh, manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..."
(surah Al- Asr ayat 1-3)

alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernafas di dunia Allah ini ^_^


Kali ini aku ingin berkongsi satu benda yang amat penting dalam kehidupan kita. Sangat penting!!! aku akui, aku sendiri pun sebenarnya leka dan jauh menyimpang sebenarnya. Pernahkah kita tanya pada diri kita, mengapa Allah mencipta kita? Apa sebenarnya matlamat hidup kita di bumi Allah ini??? 

MATLAMAT HIDUP???

Iye..telah Allah nyatakan pada kita sebenarnya apa matlamat kita sebenarnya. Moga kita kembali di jalan yang sebenar untuk menuju jalan keredhaan Allah.

-Matlamat SATU-

"...Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi. Mereka berkata: Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana sedangkan kami bertasbih dengan memujimu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" 
(surah Al- Baqarah ayat 30)
  

 Disini Allah menegaskan bahawa matlamat kita adalah menjadi KHALIFAH di bumi

"...khalifah??? kene berdakwah mcm rasul kita ke?.."
  
berdakwah mempunyai banyak pengertian. Berdakwah sekadar mana kita mampu. Berdakwah pada diri sendiri pun salah satu berdakwah juga! ^_^  kat facebook pon kita share benda kearah kebaikan pun salah satu berdakwah juga ^_^ betul tak?

-Matlamat DUA-   

"...Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepadaku"
(surah Az-Zariyat ayat 56)

   
"...owh, kene selalu solat pada Allah..."
"...erk, belajar pun suatu ibadah kan?..."

Kita perlu beribadah kepada Allah, namun, bagaimana kita nak beribadah pada Allah sekiranya kita sendiri tidak belajar bagaimana cara beribadah?? Kita sekarang memang telah menyalah ertikan matlamat dengan cara mencapai matlamat. 

Senang cerita, ibaratkan kita lapar. Bagaimana cara untuk menghilangkan lapar??? dengan cara membeli makanan ke, memasak ke, dan sebagainya demi mencapai matlamat kita untuk kenyang. Begitu juga lah dengan beribadah. Bagaimana kita hendak mencapai matlamat kita untuk beribadah? dengan cara belajar. Belajar pun banyak cabangnya, tapi jangan salah memilih ilmu pula! Nauzubillah...

    Moga kita kembali semula dijalan yang sebenarnya...In syaa Allah..

mari perbetulkan MATLAMAT HIDUP KITA ^_^

 
  

 

Tuesday 12 March 2013

NaFsU??


Salam kalam... lama juga tak update blog! 2 minggu kot... sedar tak sedar dah sebulan aku menjadi seorang pelajar! Ya Allah... berkali2 ganda advancenyer! =_=' 

"...pelajar dengan assignment memang tak dapat dipisahkan!.."

Namun tidak ku duga, banyak sangat aku pelajari selama sebulan ini! Alhamdulillah...Allah tetap menyayangiku ^_^

"...beruntunglah orang yang menjadikan akal sebagai pemimpin, nafsu sebagai tawanan..."

Aku berfikir sejenak. Ye, selama ini aku berfikir dan menyalahkan Syaitan durjana itu...rupenya...ada sesuatu yang paling dasyat sebenarnya dalam diri kita! merupakan musuh yang kita cintai tanpa sedar! apa dia? 
NAFSU!!!

aku tertarik dengan satu artikel di website iluvislam.com
**p/s : credit to Mohamad Aswan Bin Tanggiling (http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4677-nafsu-bukan-tuhan.html)
artikel ini berkaitan nafsu bukan tuhan!

kenapa kita selalu ikut saje kata-kata dan kehendak nafsu?? 


Nafsu sebenarnya banyak mengajak kita kepada kegemaran atau dikenali sebagai perkara 'best' yang manusia lakukan. Contoh, kuat makan, kuat tidur, kuat bercakap, suka marah2 dan sebagainya..

(=_=' ok terkena diri sendiri!) 

Bila kita menolak atau menahan daripada melakukan perkara2 'best' ni, rasa macam adey....terseksanya....mcm melawan diri sendiri! betul tak?

(=_='' terkena lagi!)

sebenarnya tanpa kita sedar, kita dah mencintai MUSUH kita! 

(dush dush 10000000x kene diri sendiri!)

Nauzubillah...

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali- Imran,ayat 14)

Mmm...nak ckp mcm mana kan, dah berlaku...tapi ada tak kita tanya pada diri kita sendiri, lepas kita mengikut kehendak nafsu kita, apa kita rasa? Menyesal??? Alhamdulillah... ^_^ bersyukur kerana masih wujud kekesalan sebenarnya dalam diri kita.. jangan pula kita tergolong dlm golongan seperti sabda Rasulullah s.a.w iaitu,

"Sesungguhnya orang yang derhaka itu melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihidungnya" hadis riwayat Bukhari  
   
 "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya"
 (surah An-Nazi'at ayat 40-41)


JOM LAWAN NAFSU!!! ^_^