THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 29 March 2013

Kenali tokoh Islam, Umar Abd Aziz


Salam kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah segala puji atas junjungan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Hari ini saya ingin berkingsi mengenai salah satu tokoh yang boleh kita jadikan tauladan dalam kehidupan kita ^_^ in syaa Allah ^_^

"...hari ini tazkirah kita tentang kisah Umar bin Abd Aziz..."

"..???? erk...tak pernah dengar pun..." jawabku jujur!



In syaa Allah pasti semua pernah dengar, betapa malunya aku =_=' tak pernah dengar pulak... SubhanAllah...! hebat sungguh beliau!!!

Kita cube flash back asal usul Umar bin Abd Aziz. Sememangnya kita telah sedia maklum bahawa Saidina Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya,beliau suka meronda-ronda untuk menjaga penduduknya pada sebelah malam. Pada suatu malam, sedang Saidina Umar bersama-sama pembantunya meronda, beliau terdengar suatu perbulan diantara anak perempuan dengan seorang ibu.

"...janganlah ibu..."
"...ala, Umar tak akan tahu..."
"...walaupun Umar tak nampak, tapi Tuhan Umar nampak..."
"...yelah!' dengan nada marah tidak puas hati!

Rupenyer, pertelingkahan di antara anak perempuan dengan seorang ibu tersebut adalah kerana ibunya hendak mencampurkan air ke dalam susu untuk dijual pada oranng! (kira macam nak menipulah!)
Keesokan harinya, Saidina Umar berjumpa dengan ibu dan anak perempuannya dan bertanya apa yang kamu buat malam tadi. Ibu tersebut begitu cemas dan takut seraya berkata

"...TAUBAT!!!"

Kemudian, Saidina Umar berkata tidak mengapa, dan bertanya kepada anak perempuan tersebut.
"...kamu seorang anak yang solehah dan baik. Sudikah kamu berkahwin dengan anakku, Asim?''

**so sweet!**



Saidina Umar mengahwinkan anaknya Asim dengan anak perempuan tersebut kerana beliau ingin menjaga keturunannya. Asim dan anak perempuan tersebut pun berkahwin dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laila. Apabila Laila meningkat dewasa, Laila telah ditemukan jodoh dengan seorang ahli bangsawan yang kaya iaitu Abd Aziz dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu UMAR ABD AZIZ ^_^
Umar Abd Aziz merupakan seorang yang kaya. Apabila beliau berjalan untuk membeli baju yang berharga 4 ribu dinnar, beliau berkata,

"...cantik, tapi murah!"

Umar Abd Aziz berjumpa dengan seorang khalifah A (**tak pasti nama pulak) dan berkata untuk mencari pengganti, adalah orang yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin orang Islam. Lalu A menjawab,  (**konten sahaja) siapa?


Pada hari pemilihan jawatan Khalifah, semua rakyat berkumpul untuk mengetahui siapa pemimpin yang baru. Ternyata diumumkan bahawa Umar Abd Aziz telah dipilih tanpa berbincang dengan beliau! Semua rakyat diarahkan untuk berbai'ah ( berjanji akan menurut perintah) pada Umar Abd Aziz. Umar Abd Aziz berkata, cabutkanlah bai'ah di tengkukmu dan carilah pengganti lain! Hal ini kerana Umar Abd Aziz dapat merasakan tanggungjawab yang besar yang dipikul oleh seorang pemimpin! Akhirnya Umar Abd Aziz menerima jawatan tersebut.

Ketika pulang, Umar Abd Aziz merasa sangat letih yang teramat sangat! Dia berkata kepada anaknya yang berumur 15 tahun (**ada rujukan lain mengatakan umur anaknya 17 tahun) 

"...sebentar lagi akan masuk waktu Zuhur, bolehkah kamu mengejutkan aku? Aku ingin tidur sebentar kerana keletihan yang teramat sangat..."

"...wahai Amirul Mukminin, apakah Allah menjanjikan kamu akan hidup sehingga waktu Zuhur?..."

maksudnya : sedangkan ada rakyat yang kesusahan, tetapi kamu sedang tidur?

Umar Abd Aziz pun mengucup anaknya seraya berkata 

 " Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agamaku."

^_^ lihatlah betapa jika kita menjaga keturunan kita, in syaa Allah semua akan terjaga ^_^ 
p/s : pelihara keturunan ye! ^_^ jika kita tak mampu, kita cube berubah, in syaa Allah keturunan kita nanti akan baik ^_^

0 comments: