THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 26 March 2013

Matlamat HIDUP yang sebenarnya!!!


Salam kepada semua. Pejam celik je dah minggu keenam aku menjadi seorang pelajar! @_@ cepat sungguh masa berlalu! Namun yang pasti masa akan tetap berlalu tanpa menunggu sesiapa!

"...Demi masa
Sungguh, manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..."
(surah Al- Asr ayat 1-3)

alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernafas di dunia Allah ini ^_^


Kali ini aku ingin berkongsi satu benda yang amat penting dalam kehidupan kita. Sangat penting!!! aku akui, aku sendiri pun sebenarnya leka dan jauh menyimpang sebenarnya. Pernahkah kita tanya pada diri kita, mengapa Allah mencipta kita? Apa sebenarnya matlamat hidup kita di bumi Allah ini??? 

MATLAMAT HIDUP???

Iye..telah Allah nyatakan pada kita sebenarnya apa matlamat kita sebenarnya. Moga kita kembali di jalan yang sebenar untuk menuju jalan keredhaan Allah.

-Matlamat SATU-

"...Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi. Mereka berkata: Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana sedangkan kami bertasbih dengan memujimu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" 
(surah Al- Baqarah ayat 30)
  

 Disini Allah menegaskan bahawa matlamat kita adalah menjadi KHALIFAH di bumi

"...khalifah??? kene berdakwah mcm rasul kita ke?.."
  
berdakwah mempunyai banyak pengertian. Berdakwah sekadar mana kita mampu. Berdakwah pada diri sendiri pun salah satu berdakwah juga! ^_^  kat facebook pon kita share benda kearah kebaikan pun salah satu berdakwah juga ^_^ betul tak?

-Matlamat DUA-   

"...Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepadaku"
(surah Az-Zariyat ayat 56)

   
"...owh, kene selalu solat pada Allah..."
"...erk, belajar pun suatu ibadah kan?..."

Kita perlu beribadah kepada Allah, namun, bagaimana kita nak beribadah pada Allah sekiranya kita sendiri tidak belajar bagaimana cara beribadah?? Kita sekarang memang telah menyalah ertikan matlamat dengan cara mencapai matlamat. 

Senang cerita, ibaratkan kita lapar. Bagaimana cara untuk menghilangkan lapar??? dengan cara membeli makanan ke, memasak ke, dan sebagainya demi mencapai matlamat kita untuk kenyang. Begitu juga lah dengan beribadah. Bagaimana kita hendak mencapai matlamat kita untuk beribadah? dengan cara belajar. Belajar pun banyak cabangnya, tapi jangan salah memilih ilmu pula! Nauzubillah...

    Moga kita kembali semula dijalan yang sebenarnya...In syaa Allah..

mari perbetulkan MATLAMAT HIDUP KITA ^_^

 
  

 

0 comments: