THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 9 December 2011

hapPPY tuAA!


Sepet dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI a.k.a TUA tu atiq! wakakaka.... eventhough start2 je dari sini dah macam-macam berlaku

"...memey lor jauh UKM dengan ktm...dua jam baru naik ktm..."


Balik sangat kelakar... macam dalam tin sardin okies =_=" 

walaupun memang la penat, tapi fun! 



 ~zzzzzzzz~

Sunday 4 December 2011

SORRY ~


Maafkan sepet yang entah kenapa hari ini!


~SORRY~

"...Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah SWT, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain..."
 (http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3928-pertarungan-iman-dan-nafsu.html)

 

Friday 2 December 2011

ENTAH MEREPEK!

Salam...owh da sebulan aku tak update blog! Almaklumlah aku ni kadang2 rajin, kadang2 malas nak update! ikot mood kununnya~ hahahah. Ok sebenarnya banyak bende berlaku dalam masa sebulan ni! =_=' 

Pertamanya, ayahku masuk hospital dan stay kat wad selama 2 minggu tepat! 

"...bukan tak nak bagitahu, kan ko exam..."

..,ayah, walau apa pun yang jadi, ira tetap kene tahu juga.. ira anak ayah...

p/s : erk...ada Doctor cutez! OMG!!!


Keduanya, semua sampel aku rosak!itu sangat menyedih dan mendownkan aku! sebulan aku berusaha tapi akhirnya ....

"...ini kotor lagi, yang ini calar...kene tengok balik..."

Cutiku sepatotnya seminggu time mid semester break aku singkatkan jadi 4 hari pon sangat mendukacitakan aku...apalah nasib.... =_="

"...ok, saya dah tempah Nitrogen gas, kamu cuci pakai tu. Tanye lab assistant kalau dah sampai guna terus!..."

 kerja giler dlm toilet bosan tggu sampel siap kering!

ALHAMDULILLAH!

Ketiganya... ok aku malas nak mendedahkan siapa ORANG TU...tapi aku sangat benci dan tak mahu tgk beliau! Erk, perlu bantuan A untuk pura2 mengacau ORANG ITU???  OH TIDAK SAMA SEKALI aku mahu membenarkan A pura-pura kacau ORANG ITU! takkan ku sanggup untuk membiarkan A melayan orang seperti ORANG ITU! 


 NEVER, FULL STOP!


"...hidup ini mempunyai pasangan masing-masing,
GEMBIRA pasangannya SEDIH
KETAWA pasangannya MENANGIS
cuma menanti masa untuk merungkai kesemuanya..."

(credit to Prof Wan Mokhtar) 




Wednesday 2 November 2011

LiTTle PoCoyo


happy belated birthday to little pocoyo (31 october 2011)!!! guess who!!!


Thursday 27 October 2011

Dia atau 'dia'?


"...maafkan segala kekhilafan diri yang tidak sempurna ini..."

"...kamu meroyan sebab rindu seseorang la tu..."

rindu?? ye...saya memang sedang rindu! Pada ibu ayah saya yang tersayang! Owh baru perasan, dah hampir 3 minggu tak balik!

"...ala, baru 3 minggu bukan 3 bulan!"

Siapa tahu perasaan aku? hanya Allah maha mengetahui! dan kini pasti, aku akan balik ketemu keluarga ku tersayang... Namun, bukan itu yang menjadi tanda tanya... tapi sebaliknya berlaku...

tatkala malam tadi aku tidur dengan keadaan tidak tenteram. Rindu ? ya...aku rindu keluarga aku. Tapi apa yang muncul... dan kini aku memang diluar jangkaan ku! Aku mimpikan AN!

Siapa kata beliau akan ku lupakan... setahun, dan setahun la orang kata kita akan boleh biasakan. An tak salah, tapi aku yang salah. An cuma menjadi mangsa keadaan aku yang entah kenapa. An muncul dalam keadaan sempurna. Bersih, smart seperti selalu. Namun aku kempunan...an hanya pandang aku dari jauh.. tak akan bertegur dengan aku. Aku keliru dan semakin keliru! An seolah-olah tidak mahu bertegur sapa dengan aku lagi! Ya Allah...berdosakah aku kepadanya sebelum ini...?

Aku rindu akan dia...tidak dapat aku nafikan...tapi...kehadiran Dia?...

"...DIMANAKAH LETAKNYA CINTA KAMU KEPADA ALLAH?..."

istigfar menjadi penguat aku...aku yakin dan pasti...

"...An, An tak salah...An lebih berhak mendapat lebih baik dari ira yang sangat banyak kekurangan. Ira mampu berdoa moga An akan bertemu dengan lebih baik..."

"...untuk Dia, ira tak pasti apa yang ira rasa. Dan apakah Dia juga turut rasa?..."

"...semoga Allah lindungi aku dari segala yang tidak patut aku lalui...dan jadikan aku wanita solehah dan isteri yang patuh dan taat serta menjadi isteri terbaik pada suamiku kelak...amin..."

Sunday 23 October 2011

#Ana KEliRU#



Ana suka melihat dia senyum. Ana suka melihat wajahnya yang tenang. Ana suka cara dia berfikir. Dia mempunyai suatu aura yang hebat yang bisa mencairkan semua perempuan. Bukan kerana rupa, tapi kerana budi pekerti, jiwanya, sifat menghormatinya pada seorang perempuan.

".. Tuhan tolong aku, tolong jaga dia.."
''..aku takkan berhenti menemani dan menyayangimu.."

Ana tak sanggup kehilangan dia. Ana akan buat apa sahaja asal kan dia suka. Ana akan mati jika dia bukan dengan Ana! Percayalah...ini suatu kenyataan!


"... Mimi rasa Mimi dah jatuh cinta pada dia..."

"...tengok Nana ni macam suka dia je..."

"...Nur nak kol dia..."

"...Shima kan suka dia..."

"...Shika sedih tengok dia rapat dengan Lisa.Shika rasa kehilangan dia..."

apa yang Ana mampu katakan? Ana tak mungkin dan tak akan layak untuk dia. Dia terlalu istimewa. Ana mampu tersenyum.

"...kadang-kala berahsia itu lebih bermakna dan lebih manis..."

"...ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu mengakui sendiri di dalam hati bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, dimana kamu ingin meletakkan cinta ALLAH yang jauh lebih hebat dari dia?.."

Ana semakin keliru! Ya Allah, kenapa Ana masih terus leka? Sedangkan Kau jauh lebih hebat dari dia. Cinta pada dia belum tentu pasti, tapi yang nyata cinta padaMu adalah satu kenyataan!

Ana dah semakin sesat dan hayut dalam dunia cinta yang belum Ana pasti! 

Buat si dia, Ana terpaksa memilih cinta Allah. Cinta Allah adalah cinta hakiki. Ana sentiasa doakan si dia akan bertemu dengan pasangan yang hebat. Ana tetap tersenyum!


"...insyaAllah, jika ada cinta Ana untuk dia, Allah pasti kabulkan..."


~namun Ana tetap tersenyum.. tersenyum bila melihat dia~

Thursday 13 October 2011

~Damai Hati~

  "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana aku masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah juga ku panjatkan kerana aku tetap mendapat rasa kasih sayang Allah pada aku yang sangat lemah ini. Entah kenapa, beberapa hari lalu, aku dapat merasakan sesuatu yang sangat tidak mententeramkan jiwa dan raga. Adakah gara-gara mimpi itu? 


"...sekarang kita sudah berada di akhir zaman. Macam si A, dia dah pakai tudung, dah berubah perilakunya gara-gara dia pernah mimpi berada di akhir zaman..."

"...alangkah bagusnya dia kan? kalaulah kita semua mendapat mimpi itu..."

Namun, dua hari lepas... aku berada di zaman tersebut! MasyaAllah~ hanya Allah sahaja tahu betapa teruknya bumi ketika itu...
 

ku terjaga dari tidur...
lantas fikiran melayang mengingati saat itu...
apakah aku sudah cukup bekalan untuk aku menempuh saat itu?

Ya Allah...lindungilah hambamu yang lemah ini...
lindungilah saudara-saudara seislamku di seluruh dunia ini
jauhkanlah dari bisikan syaitan dan fitnah Dajjal
yang bisa menyesatkan kami...

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Alhamdulillah...aku temui ketenangan semula...terima kasih teman-teman ku.. yang sentiasa tidak penat menyokong dan memberi motivasi padaku. Alhamdulillah, aku punya teman yang begitu. Moga kalian juga temui ketenangan seperti ku dan semoga hidup kalian dibawah rahmat Allah sentiasa (^_^)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding."
Riwayat at-Tarmizi

 http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/3794-design-bila-anda-pernah-keseorangan.html


 

Friday 7 October 2011

mY neW STUFF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pergh! kerana buzy memanjang dengan asignment yang dah boleh jadi setinggi menara KLCC dengan ditambah dengan baca jurnal! Patot kene baca jurnal sekurang-kurang 30 jurnal,tapi aku ni, 1 pon tak habis-habis aku baca =_=". Itulah lumrah seorang pelajar. InsyaAllah...dengan bersusah-susah dahulu, bersenang-senanglah kemudian!

Owh, gembira juga aku tatkala ketika ini aku update blog guna lappy baru! namanya SUCHAN! ok x?


MODEL : ASUS ( intel core i5)
COLOUR : BLACK
HARGA : RM++++ 

harga tekalah..! hahahah...tp syukur, dapat laksanakan kerja dengan lebih efisyen. Kasihan Della...dia dah merajuk kot. Aku try on, langsung tak boleh. =_='. Walau apapun...welcome SUCHAN! DELLA...jangan risau, akan dihantar servis dan kamu tetap terbaik! jangan gaduh-gaduh ek!

 ~SUCHAN dan DELLA~

** tak sabar rasanya nak tunggu lesen P aku keluar!

Tuesday 27 September 2011

Perginya Seorang Tokoh yang Hebat!



Alangkah terkejut dan terkedunya aku apabila rakan baikku menyampaikan satu berita yang sangat memilukan hati.  Kembalinya Profesor Dr. Khalijah Salleh ke rahmatullah pada tanggal 17 September 2011. Sebelum ini aku hanya menerima khabar bahawa beliau sedang dirawat di HUKM, namun Allah lebih menyayanginya...

"...macam mana nak buat satu rotation yang selari?"

kami beramai-ramai di hadapan bingung memikirkan bagaimana nak buat satu rotation yang selari diantara satu sama lain...agak lama kami berfikir, kemudian Prof memberikan jawapan...

**anggap A, B dan C merupakan orang, radius itu merupakan tangan yang didepakan. jadi apabila A bergerak, tangan yang didepakan akan menolak B untuk bergerak dan begitulah selanjutnya pada C**

"...depakan tangan, apabila kamu bergerak, kamu akan menolak rakan kamu disebelah...jadi dapatlah buat satu rotation yang selari diantara satu sama lain..."

Salah satu kegemaran beliau, beliau suka membawa barang untuk dijadikan sebagai sampel untuk dijadikan demo setiap apa yang diajarinya. Disamping teori, kami dapat melihat ke dalam realiti hidup.

"...agak-agaknya kalau Prof tengok kita study subjek ni, mesti dia...."

Kami merindui dan akan kenang segala jasa dan pengorbanan Prof pada kami. Terima kasih atas segala ilmu yang Prof ajar pada kami. 


~al-fatihah~

3.41am
28 september 2011

Tuesday 13 September 2011

##eGokAH anA??##


"Mungkin itu yang terbaik buatnya"
"Kenapa?"
"Ana tak mahu sesiapa kecewa"
"Habis tu?"
"Biarkan saja...tak salah rasanya pendam rasa itu untuk kebahagiannya"
"Ana pasti?"
"Ana pasti...Ana percaya dan yakin dengan takdir Allah pada Ana"

Tak salah rasanya untuk menyimpan, mungkin itu yang terbaik untuk Ana. Ana tak mampu...hanya mampu menaruh dan berharap, tapi apakan daya Ana? Ana bukanlah seperti yang lain, hanya mampu berharap dari jauh.

"Ana minta maaf...kalau Ana banyak berubah. Ana terpaksa berubah begini. Ana tak mampu nak hadapi hidup Ana yang lama. Ana mahu jadi yang lain. Biarlah Ana digelar apapun. Ana tahu apa yang Ana hadapi, Ana tak mahu ianya berulang. Maafkan Ana..."

Friday 19 August 2011

~i LOVE alphabet G~


Alhamdulillah...berkesempatan untuk aku kembali lagi mencoretkan sedikit titipan entah apa-apa ntah yang aku rasa aku nak letak. Agak lama dan menyepi seketika aku untuk aku update blog sepet aku ni. Maklum sajalah, kat rumah mana ada internet! hahaha...itu semua aku tak kisah, janji hidup bahagia!

Jika dikatakan aku suka huruf apa? aku sekarang suka pada huruf 'G'! hahaha... teka la apa tu 'G' ... GILA? GLAMOUR? GORGEOUS? apa-apa sahaja lah sebab huruf 'G' ini banyak memberi aku semangat! dan banyak pengalaman aku pada huruf 'G' ni!

Tp dalam meniti hidup yang semakin mencabar ini, alhamdulillah~ berkat seorang teman baik aku, aku berpegang pada huruf 'G' ini. Kadang-kala aku tewas dalam dugaan yang aku lalui setiap hari, namun aku punya semangat apabila 'G' ini terngiang di telinga ku~

Aku demam 2 hari! dan selama demam itu aku berpegang pada 'G' itu. Tiada ibu, tiada siapa tempat aku nak rengek2... hahahah... hanya Allah dan huruf 'G' itu menjadi semangat aku untuk kuat! terima kasih kawan kerana telah menghadiahkan aku sebuah huruf yang banyak memberi makna padaku!

Monday 1 August 2011

~Pencinta Allah~


Malam ini merupakan malam kedua Ramadhan. Ya Allah, sayunya hati ini dengan segala nikmat yang Allah berikan. Betapa kerdil dan hinanya aku... sedangkan Allah begitu Maha Pemurah! Syukur Allah, tetap menyanyangi hambamu ini walaupun hambamu ini penuh dengan dosa.


إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)
[Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.] 

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

moga Allah sudi terima taubatku, amalan ku... InsyaAllah...



~Aku sayang ALLAH lebih~


Sunday 31 July 2011

RAMADHAN KEMBALI


Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi menjenguk kita dengan membawa pelbagai ganjaran daripada Allah SWT. Inilah masanya kita merebut peluang untuk menjadi TERBAIK dan TERHEBAT disisi Allah nanti. Hah! macam kita nak mengejar DEKAN, macam itulah kita bersungguh-sungguh merebut peluang yang Allah berikan kepada kita.

"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".

(Bukhari-Muslim)

Selamat berpuasa semua! Moga-moga ganjaran yang Allah berikan dapat kita perolehi. Sebelum saya berundur, ingin sekali saya berkongsi petikan ini yang saya dapati daripada iluvislam.com... assalamualaikum~
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,
Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.



BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.

(dipetik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3203-ramadhan-yang-dirindui.html)

Thursday 28 July 2011

~bOla BoLa~


permulaan dimulakan nyanyian lagu NEGARAKU! pergh! menusuk ke sanubari! satu Stadium Bukit Jalil bergema menyanyikan lagu NEGARAKU! cayalah!!! 

apa pun, kamu semua dah main dengan baik! next time kasi AAAAUUUUUMMMMMM kuat2 yeah!

p/s : nak senaraikan pemain yang cool !jum!


(PERTAMA- MOHD FARIZAL MARLIAS)

lahir 29 Jun 1986, pemain untuk Negeri Sembilan (goalkeeper). Suka dia berjuang dalam perlawanan Malaysia menentang Chelsea tempoh hari! go FARIZAL!! auuwww... nama kite dekat la... :wink hahahah....
Details kat link ni...



(KEDUA-KHAIRUL FAHMI CHE MAT)

lahir 7 Januari 1989, goalkeep untuk pasukan Malaysia! aummm! power die menjaga goal daripada dibolosi bola daripada pihak Singapore tadi! baru 22 tahun tapi ingat! dia dah ada yang punya! hahahaha~ 
baca lagi di 



(KETIGA-MOHD SAFEE MOHD SALI)


lahir 29 Januari 1984, pemain Malaysia sebagai 'striker'. Dapat title striker terbaik ASIA!!! cayalah kamu!!!
baca lagi di 

erkk...sume nama atas ni ada kaitan dengan huruf 'F' dan sama mcm nama aku! so aku pon kene lah hebat mcm mereka! hahaha... **kebetulan sahaja!**


go Malaysia!!! AAAAAUUUUU MMMMMMMMMM

Wednesday 27 July 2011

! teman baik !

BUJI aku yang sangat manja! **miss u much BUJI..hampir 2 tahun dia tinggalkan aku**
p/s : orang dulu-dulu kata, kalau kucing kita tido sambil mcm kat gambar kat atas ni, die sedang mendoakan kesejahteraan tuan dia.. betul kah? kalau betul ALHAMDULILLAH~

ni POCOBERRY aku...dia suka main gitar tapi tak suka tgk bola! erk???

ini mr penyu a.k.a HACHAN! hahaha...dah setahun die menemani aku...! dan sambil teman tgk bola! cayalah!!!

ni rabbit aku yg pertama! dia sangat special!!! hanya tangan sebelah kiri sahaja berfungsi dgn baik, yg lain cacat...aku sayang dia...! tp Allah sayang dia lebih dari aku~ miss u!!!

KUTIK yang mempunyai hobi yang kelakar! mengidam naik kereta tapi ayah tak bg dan ada kain busuk kesayangan! hahaha! dia pun dah mati sebab sakit~ miss u KUTIK!

ini ALONG yang manja! hobi suka karok! **suara satu kampung boleh dgr dan cam tu suara dia! hahaha... 

ini MOHD FIRDAUS...nama manja AUS. sangat mengada dengan ayah aku! kegemaran suka curi roti GARDENIA aku!

ini SABIN! paling mengada-ngada! kucing betina kesayangan ayah aku! cis cis... hobi suka memujuk org yang tengah marah dengan cara urut belakang... percaya x? hahaha...percayalah~

ini OREN nama manja OYENN. gelaran PUTERI LILIN sebab tak suka kene cahaya matahari.! **ayah aku siap letak payung kalau ada cahaya matahari kalau kene die... tapi dia garang tau! hehehe

ini paling baru, nama DAK KECIL aka DAKODEK. tapi dialah paling MAFIA versi betina! hobi suka mengacau orang dan gigit tangan.

yang lain tak ada gambar...MAMA! anak dia ALONG. sayang giler dengan anak dia! lovely mama~

banyak lagi tapi dah mati... PAPA, UCANG, BUNGA, CHOMBIE, JANGGUL, RIMAU, ... **alamak dah lupa dah... T_T...

tapi aku tetap sayang semua! kamulah peneman kami sekeluarga di rumah dan menceriakan suasana kami di rumah! SAYANG SEMUA!!!

~muaaahhhsss~