THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 23 October 2011

#Ana KEliRU#



Ana suka melihat dia senyum. Ana suka melihat wajahnya yang tenang. Ana suka cara dia berfikir. Dia mempunyai suatu aura yang hebat yang bisa mencairkan semua perempuan. Bukan kerana rupa, tapi kerana budi pekerti, jiwanya, sifat menghormatinya pada seorang perempuan.

".. Tuhan tolong aku, tolong jaga dia.."
''..aku takkan berhenti menemani dan menyayangimu.."

Ana tak sanggup kehilangan dia. Ana akan buat apa sahaja asal kan dia suka. Ana akan mati jika dia bukan dengan Ana! Percayalah...ini suatu kenyataan!


"... Mimi rasa Mimi dah jatuh cinta pada dia..."

"...tengok Nana ni macam suka dia je..."

"...Nur nak kol dia..."

"...Shima kan suka dia..."

"...Shika sedih tengok dia rapat dengan Lisa.Shika rasa kehilangan dia..."

apa yang Ana mampu katakan? Ana tak mungkin dan tak akan layak untuk dia. Dia terlalu istimewa. Ana mampu tersenyum.

"...kadang-kala berahsia itu lebih bermakna dan lebih manis..."

"...ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu mengakui sendiri di dalam hati bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, dimana kamu ingin meletakkan cinta ALLAH yang jauh lebih hebat dari dia?.."

Ana semakin keliru! Ya Allah, kenapa Ana masih terus leka? Sedangkan Kau jauh lebih hebat dari dia. Cinta pada dia belum tentu pasti, tapi yang nyata cinta padaMu adalah satu kenyataan!

Ana dah semakin sesat dan hayut dalam dunia cinta yang belum Ana pasti! 

Buat si dia, Ana terpaksa memilih cinta Allah. Cinta Allah adalah cinta hakiki. Ana sentiasa doakan si dia akan bertemu dengan pasangan yang hebat. Ana tetap tersenyum!


"...insyaAllah, jika ada cinta Ana untuk dia, Allah pasti kabulkan..."


~namun Ana tetap tersenyum.. tersenyum bila melihat dia~

0 comments: