THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 24 July 2013

Salam ya Ramadhan! ^_^


Salam ya Ramadhan! ^_^ 



hari ini dah 15 ramadhan ! dah separuh ramadhan yang kita tempuh...bagaimana iman dihati? betul kata sahabat2 sekalian, hati ini cepat sangat berbolak balik...ibarat seperti air yang mendidih! 

ape lah kaitan yang aku nak cerita sebenarnya ni? aku ni bukanlah seorang insan yang sempurna. Tiada yang sempurna melainkan Allah yang ESA... kadang kala aku ni mudah leka, alpa,. tapi sebenarnya itu terpulang pada diri kita...lebih2 lagi pada bulan ramadhan ni

Allah memberitahu kita bahawa bulan Ramadhan ini, dirantai syaitan-syaitan, ditutup rapat-rapat pintu neraka, dibuka seluas-luasnya pintu syurga tanpa tiada satu pun pintu syurga yang tertutup! 

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan yang berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi" (HR Ahmad & an-Nasa'i)
_dipetik dari majalah JOM isu 16_

kita cube ikut kronologi. Sekarang hampir tiba musim perayaan, jalan nak balik kg comfirm jem giler kan? @@ sampai pihak lebuhraya bukak extra jalan, sampai 4-5 lane! so, kita mestilah pecut nak balik kg dengan best..kan dah sampai 4-5 lane jalan dibuka! ke atau kita nak drive 80km/j dengan lalu jalan yang jem yang hanya bukak 1 lane je jalan???  begitulah ibarat seperti bulan ramadhan ... Allah dah buka jalan seluas luasnya untuk peroleh nikmat dan keredhaan serta ganjaran pahala yang berextravaganza!!! wow!!! tp kita masih lagi nak buat biasa...tak mahu rebut pahala dan ganjaran yang Allah berikan pada kita. Sama la mcm kita bawa 80km/j  berbanding orang lain pecut sampai ada cecah 300km/j!!!! fikir-fikirlah 



iye, kadang kala pernah terfikir kenapa lah aku ni tak berubah walaupun dah masuk bulan Ramadhan??? aku terbaca satu petikan dalam majalah JOM isu 16, yang menarik hati aku...

Allah SWT berfirman:

"Jika sekiranya hamba itu mendekati-Ku (dalam keadaan) sejengkal,(nescaya) Aku akan mendekatinya (dalam keadaan) sehasta. Dan sekiranya dia mendekat-Ku (dalam keadaan) sehasta, (nescaya) Aku akan mendekatinya (dalam keadaan) sedepa. Dan jika dia mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, (nescaya) Aku akan mendekatinya dalam keadaan berlari." (HR Bukhari)

SUBHANALLAH !!!!

jom rebut jadi hamba Allah yang extravaganza ^_^ !!!