THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 19 August 2011

~i LOVE alphabet G~


Alhamdulillah...berkesempatan untuk aku kembali lagi mencoretkan sedikit titipan entah apa-apa ntah yang aku rasa aku nak letak. Agak lama dan menyepi seketika aku untuk aku update blog sepet aku ni. Maklum sajalah, kat rumah mana ada internet! hahaha...itu semua aku tak kisah, janji hidup bahagia!

Jika dikatakan aku suka huruf apa? aku sekarang suka pada huruf 'G'! hahaha... teka la apa tu 'G' ... GILA? GLAMOUR? GORGEOUS? apa-apa sahaja lah sebab huruf 'G' ini banyak memberi aku semangat! dan banyak pengalaman aku pada huruf 'G' ni!

Tp dalam meniti hidup yang semakin mencabar ini, alhamdulillah~ berkat seorang teman baik aku, aku berpegang pada huruf 'G' ini. Kadang-kala aku tewas dalam dugaan yang aku lalui setiap hari, namun aku punya semangat apabila 'G' ini terngiang di telinga ku~

Aku demam 2 hari! dan selama demam itu aku berpegang pada 'G' itu. Tiada ibu, tiada siapa tempat aku nak rengek2... hahahah... hanya Allah dan huruf 'G' itu menjadi semangat aku untuk kuat! terima kasih kawan kerana telah menghadiahkan aku sebuah huruf yang banyak memberi makna padaku!

Monday 1 August 2011

~Pencinta Allah~


Malam ini merupakan malam kedua Ramadhan. Ya Allah, sayunya hati ini dengan segala nikmat yang Allah berikan. Betapa kerdil dan hinanya aku... sedangkan Allah begitu Maha Pemurah! Syukur Allah, tetap menyanyangi hambamu ini walaupun hambamu ini penuh dengan dosa.


إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)
[Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.] 

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

moga Allah sudi terima taubatku, amalan ku... InsyaAllah...



~Aku sayang ALLAH lebih~