THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 12 September 2013

GANJARAN HEBAT!!!!


Bismillah. Assalamualaikum 

alhamdulillah masih diberi ruang untuk kita sama2 bernafas di muka bumi ini ... alhamdulillah ^_^

hari ini ira agak tertarik nak tulis something... emmm ape die ek? hehehe
agak-agak kalo ira bagitau yang ira nak bagi duit RM1 000 kat orang, agak2 ramai tak yang 
berebut nak? 


heheheh mestilah nak kan?? 

"...duit kot!  sape tak nak?..."
"...hadiah besar tu!..."

memang dah fitrah kita kalau ada ganjaran mesti kite nak sangat2 kan? heheheh 
tapi apa yang ira nak share ni adalah berkaitan GANJARAN SOLAT BERJEMAAH


"...alah yang itu aku pon tau..."

cop! tahu tak berapa ganjaran solat berjemaah dengan solat sendiri? 

27 nisbah 1 (27 : 1)

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
 (http://ubs-pmram.blogspot.com/2009/11/kelebihan-solat-jamaah.html)
   
Rasulullah S.A.W juga tegas mengenai solat berjemaah. 

Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda (maksudnya):
Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan  menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”.
 (lebih byk hadis mengenai solat berjemaah di http://alistiqamahsgmerab.blogspot.com/p/ustaz-dr.html)

betapa banyaknya ganjaran yang Allah berikan kepada kita!!! Allah tak minta balasan pon, malah Allah berikan ganjaran kalau kita buat apa yang Allah suka walau sebesar zarah!!
 
sharing ini bukanlah tuju kepada orang tertentu, malah pada semua dan juga untuk diri sendiri agar kita ambil manfaat bersama ^_^

 so lepas ni nampak orang solat berjemaah, jom kite same2 cepat2 rebut ganjaran Allah ok ^_^

0 comments: